Memaparkan catatan dengan label Kembara2Jiwa - Malaysia - Kota Kinabalu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembara2Jiwa - Malaysia - Kota Kinabalu. Papar semua catatan

Kota Kinabalu Bahagian Terakhir

Ok sudah sampai bahagian terakhir kembara kami di Kota Kinabalu. Kali ini kami ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Macam biasalah...hujan pun turun. Banyak haiwan yang dengan enaknya tidur. Taman ini kecil tetapi kami puji tahap kebersihannya.

peta taman

tiket tram seorang dewasa RM2 dan kanak-kanak RM1

Kota Kinabalu Bahagian 8

Dah penat mandi di Poring, kami ke Taman Kinabalu pula. Waktu ini hujan dah makin lebat. Puncak Gunung Kinabalu sudah tidak kelihatan. Jom tengok apa yang ada di dalam. Oh ya... masuk percuma je.
Tidak pasti tanyangan video apa.

Selamat Datang

Kota Kinabalu Bahagian 7

Selepas pusing-pusing sekitar bandar, kami menuju ke Muzium Sabah. Kami suka melawat muzium. Banyak ilmu mengenai sejarah, budaya dan agama tempatan boleh dipelajari. Dalam muzium Sabah ni tidak boleh mengambil gambar. Kami ambil gambar di luar saja.

angkat sayang jangan tak angkat

Kota Kinabalu - Selepas 10 tahun

Waktu ketika di bangku sekolah pastinya meninggalkan pelbagai memori dan kenangan, apatah lagi apabila rakan-rakan sekolah berada di seberang laut. Bagi saya, kesempatan bercuti ke Sabah baru-baru ini memberikan saya peluang untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang bersama menghadapi suka dan duka waktu persekolahan di SMK Menggatal, Kota Kinabalu Sabah. (Kini sekolah tersebut dikenali sebagai SMK Bandaraya).

Pada malam terakhir di Kota Kinabalu, saya membuat gathering mini di Tanjung Aru. Selepas beberapa panggilan telefon dan cuba menghubungi rakan-rakan yang masih ada di Kota Kinabalu, kami semua sepakat untuk berjumpa di Tanjung Aru. Saya ke sana bersama rakan saya Suhairul, yang kini seorang cikgu di sebuah sekolah agama di Ranau. Kebetulan, dia bercuti pada masa itu dan dia dengan senang hati menerima jemputan saya.
Mini gathering 5 Inovatif 2002 

Kota Kinabalu Bahagian 6

Kembara seterusnya ialah pusing-pusing Likas dan melawat bangunan milik Yayasan Sabah yang dipanggil Menara Tun Mustapha. Bangunan ini agak unik kerana bentuknya menyerupai bateri. Menurut maklumat yang kami dapat, dulu ada restoran berputar. Menarik juga tu.

keluarga tersayang

Kota Kinabalu Bahagian 5

Pada mulanya kami ambil keputusan untuk pergi ke 2 buah pulau - Pulau Manukan dan Sapi tapi tak jadi pula. Naik bot tu boleh tahan la ombaknya. Anak-anak buah takut. Lagi pun selepas ke Manukan, semua penat main air. haha... Cantik tau pemandangan kat sini. Kalau ada rezeki kami datang lagi, kami nak pergi kelima-lima pulau. ;-p

jeti laluan keluar masuk Pulau Manukan

Kota Kinabalu Bahagian 4

Hari pertama pergi island hopping. Ini aktiviti wajib bila ke Kota Kinabalu. Jadi, destinasi pertama kami ialah Jesselton Point. Di tengah-tengah kepesatan Kota Kinabalu ini terselit pintu masuk ke Jesselton Point. Serius tak perasan. haha...

Selamat Datang!

Kota Kinabalu Bahagian 3

Selepas menunaikan solat di Masjid Negeri Sabah, kami menuju ke Kondominium Marina Court. Kami ambil Penthouse sebab keluarga kami 14 orang. Pada mulanya kami mahu sewa unit biasa, tapi untuk pastikan semua orang selesa, kami pun pilih penthouse. Kadar sewa semalam untuk penthouse ini sekitar RM500 ke RM700 mengikut musim. Kedudukannya strategik. Dekat dengan pasar malam Sinsuran, Pasar Filipina, pasar ikan masin dan restoran. Boleh berjalan kaki saja. Semput jugalah untuk kami yang jarang berjalan. Haha...

Penthouse ini sangat sesuai bagi keluarga besar. Ada 2 tingkat. Tingkat atas terdapat 3 bilik yang besar dan 2 bilik air yang lengkap dengan tab mandi. Tingkat bawah pula ada 1 bilik kecil dan bilik air. Memang besar penthouse ini. Ruang tamunya pun luas.

rak kasut yang besar pun ada

Kota Kinabalu Bahagian 2

Penerbangan kami transit di Lapangan Terbang Labuan selama lebih kurang 30 minit. Cantik betul pemandangannya. Nampak laut semasa mendarat dan berlepas. Nampak pelantar minyak macam kecil je. Tapi kami tidak ambil gambar pula...

Masa perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu sangat singkat. Tahu-tahu sudah sampai. Hehe...

sampai dah di Kota Kinabalu

Kota Kinabalu Bahagian 1

Hajat di hati mahu tulis kembara kami ke Kota Kinabalu sudah lama dibiarkan. Hmm...baik mula cepat sebelum basi. Dah basi kot. Dah 2 bulan lepas. Haha...tidak mengapalah. Janji kami tulis juga.

Kembara kami bermula di Putrajaya Sentral pada 12 Nov 2012. Kami menaiki KLIA transit dari Putrajaya Sentral ke KLIA dalam pukul 6.20 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 20 minit. Kami solat subuh di KLIA saja sebab takut terlepas keretapi. Entry mengenai KLIA transit boleh dibaca di sini. Sampai saja di KLIA, kumpulan kedua sudah menunggu. Kami yang akhir la ni. Penerbangan kami pada pukul 9 pagi. Awal juga kami sudah sedia menunggu.

jom ke Kota Kinabalu!

KLIA Ekspres dan Transit

Ok hari ini kami mahu bercerita tentang Express Rail Link (ERL) di Putrajaya Sentral. Kami telah menggunakan ERL ini semasa ke Kota Kinabalu. Kami letak kereta di Park & Ride Putrajaya saja. Terdapat dua perkhidmatan ERL yang ditawarkan; KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Apa perbezaannya? Teruskan membaca ya...

Seperti namanya, KLIA Ekspres adalah perkhidmatan keretapi tanpa henti pergi balik dari KL Sentral ke KLIA. Jadi kalau mahu ke KLIA dari KL Sentral, bolehlah cuba KLIA Ekspres. Keretapi pertama bertolak dari KL Sentral dan KLIA pada pukul 5 pagi dan keretapi terakhir pada pukul 12.30 malam. Manakala keretapi terakhir dari KLIA bertolak pada pukul 1 pagi. Kekerapan keretapi adalah 15 minit pada waktu puncak dan 20 minit di luar waktu puncak. Perjalanan sehala mengambil masa selama 28 minit. Maklumat lanjut boleh rujuk di KLIA Ekspres.

Tambang KLIA Ekspres. Sumber: KLIA Ekspres

Tempat Letak Kereta di Putrajaya Sentral

Entry kali ini adalah mengenai tempat letak kereta di Park & Ride, Putrajaya Central. Lepas ini kami akan cerita tentang pengembaraan kami di Kota Kinabalu dan Sydney. Nantikan entry kami ya... :-)

Kami letak kereta di Park & Ride ini semasa kami ke Kota Kinabalu. Pada mulanya kami merancang untuk menaiki teksi atau van untuk ke KLIA. Keluarga kami yang mengikuti percutian ini seramai 14 orang. 9 orang dewasa dan 5 kanak-kanak. Bila difikirkan, muat ke kalau nak naik teksi atau van ni Kalau teksi, kami kena tempah paling kurang 3 teksi. Van pula ada yang muat 15 orang penumpang. Tapi barang-barang kami banyak. Jadi mungkin kena tempah 2 van. Aduh... kalau boleh kami mahu kurangkan kos pengangkutan. Kos sebuah teksi dari Puchong ke KLIA adalah RM75-RM85 sehala. Van pula dalam lingkungan RM180 sehingga RM200. Mahalnya...

Ahli keluarga kami cadangkan kami pandu kereta sendiri dan letak di KLIA kerana keluarga kami ada warga emas dan kanak-kanak. Memanglah senang tapi oh tidak... itu pun mahal. Kos tempat letak kereta di KLIA boleh dirujuk di sini. Untuk 4 hari, mereka mengenakan bayaran RM144. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk tempoh lebih 4 hari. Bila dicampur minyak dan tol, tidak banyak bezanya dengan cadangan menyewa van.

Akhirnya kami jumpa maklumat mengenai tempat Park & Ride, Putrajaya Central. Bayaran tempat letak kereta ialah RM7 sehari. Alhamdulillah... murah... Haha... Tempat letak kereta di sini berbumbung pula tu. Pengawal keselamatan juga sentiasa meronda. Sistem pembayaran adalah automatik dan dibuka 24 jam. Jadi kami rasa yakin untuk meninggalkan kereta kami selama 5 hari. Bayaran yang dikenakan adalah RM30. Mengikut cara pengiraan, RM2 dikenakan dari 6 pagi sehingga 12 malam dan RM5 dikenakan dari 12 malam ke atas sehingga sebelum 6 pagi keesokkannya.

Beg Bagasi atau Luggage Bag Yang Kami Pilih

Beg Bagasi atau Luggage Bag Yang Kami Pilih
Inilah luggage bag yang kami pilih dibeli dari Travel For All ketika mereka membuat jualan murah di Alamanda October 2012 lalu. Beg fabrik ini berjenama Polo Team, saiz 28inch dengan harga RM200 selepas diskaun 60%. Sangat berbaloi. Dari segi kualitinya, boleh tahan. Seperti entry panduan memilih bagasi, beg ini memenuhi keperluan kami. Beg ini juga ada TSA lock. Manalah tahu mungkin ada rezeki kami ke Amerika Syarikat pula ;-)

luggage-bag-travel-for-all-28-polo-team-tsa-lock
polo team 28inch dengan TSA lock

luggage-bag-travel-for-all-28-polo-team
beg 4 roda yang cukup besar untuk barang keperluan kami

Panduan Memilih Bagasi atau Luggage Bag

Panduan Memilih Bagasi atau Luggage Bag
Bulan November ni kami merancang untuk pergi bercuti ke Sabah sekeluarga. Dalam bulan ini juga kami akan pergi ke Sydney, Australia untuk tujuan kerja dan bercuti sekali gus. Teruja hati kami untuk menjejakkan kaki ke bumi Allah ini. Persiapan penerbangan, penginapan dan pengangkutan darat telah dibuat. Tinggal tunggu masa untuk mengemas pakaian dan keperluan lain yang perlu dibawa.

Rancang punya rancang, rupanya kami belum ada beg bagasi atau luggage bag yang sesuai untuk penerbangan antarabangsa. Jadi kami pun membuat sedikit carian tentang bagaimana untuk memilih beg yang sesuai. Banyak juga panduan memilih pelbagai jenis beg kembara atau travel bag ini di Internet.

Antara yang menarik yang kami baca adalah blog saudara Fatt @ backpackerbusuk. Entry tersebut sangat sesuai kepada mereka yang ingin mengembara sebagai backpacker. Walaupun tidak sesuai untuk tujuan kami ke Sabah dan Sydney, entry ini mungkin berguna kepada kami untuk masa akan datang. Terima kasih saudara Fatt.

Banyak lagi artikel mengenai tip-tip memilih bagasi ini tapi kebanyakannya dari penulis luar Malaysia. Sebagai ringkasan, antara ciri-ciri beg yang perlu dinilai adalah dari segi berikut:-