Ok sudah sampai bahagian terakhir kembara kami di Kota Kinabalu. Kali ini kami ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Macam biasalah...hujan pun turun. Banyak haiwan yang dengan enaknya tidur. Taman ini kecil tetapi kami puji tahap kebersihannya.
peta taman |
tiket tram seorang dewasa RM2 dan kanak-kanak RM1 |
walaupun kecil, taman ini bersih |
kanak-kanak riang |
yeay naik tram! |
hujan agak lebat |
sedapnya tidur |
makan aiskrim masa hujan. terbaik! |
aiskrim durian. sedap woo... |
kebanyakkan haiwan tidur saja |
cantikkan helang ini? |
Malam terakhir kami makan di Restoran Gayang. Restoran ni memang popular. Masakannya memang sedap. Kami makan seafood di tempat lain semua tidak berapa sedap. Tapi memang berbaloi datang ke sini. Cuma kena beringat restoran ini sangatlah jauh. Hampir sejam jugalah dari Marina Court. Pula tu makanan sampai lambat kerana pelanggan sangat ramai. Jadi pastikan ada sedikit makanan buat alas perut. Kalau tidak jadi macam kami yang kebuluran.
mana makanan ni |
lama tunggu |
hidangan pertama. udang masak butter. sedap sangat. |
sebab kami kebuluran, maka tiada gambar selebihnya. tinggal pinggan kosong. |
esoknya kami bertolak dari Kota Kinabalu |
Nak dijadikan cerita, penerbangan kami ditunda selama lebih kurang 3 jam kerana ada masalah teknikal. Terpaksalah kami tunggu kapal terbang ganti dari KLIA. Tapi yang seronoknya, kami diberi kupon McD bernilai RM15 seorang. Kami tapau saja sebab ramai sangat orang tebus kupon tersebut. Ada pula hamba Allah depan kami dalam barisan asyik menukar pesanan. Lepas tu terlebih pula nilainya. Dia nak batalkan pula sebab tak mahu bayar. Aduh...ujian...
hidangan balik |
Sampai sini saja kembara kami. Kembara ini memang terbaik sebab kami berpeluang bercuti sekeluarga. Insya Allah jika diberi peluang, kami akan merancang untuk ke tempat lain pula. :-)
2 Komentar
wahh bestnya.. ruginya saya org sabah tp tak byk mn lg tempat saya pegi... Salam kenalan
Balasterima kasih sebab sudi singgah. seronok jalan-jalan di Sabah. orang di sana pun baik sangat :-)
BalasComments