Kota Kinabalu - Selepas 10 tahun

Waktu ketika di bangku sekolah pastinya meninggalkan pelbagai memori dan kenangan, apatah lagi apabila rakan-rakan sekolah berada di seberang laut. Bagi saya, kesempatan bercuti ke Sabah baru-baru ini memberikan saya peluang untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang bersama menghadapi suka dan duka waktu persekolahan di SMK Menggatal, Kota Kinabalu Sabah. (Kini sekolah tersebut dikenali sebagai SMK Bandaraya).

Pada malam terakhir di Kota Kinabalu, saya membuat gathering mini di Tanjung Aru. Selepas beberapa panggilan telefon dan cuba menghubungi rakan-rakan yang masih ada di Kota Kinabalu, kami semua sepakat untuk berjumpa di Tanjung Aru. Saya ke sana bersama rakan saya Suhairul, yang kini seorang cikgu di sebuah sekolah agama di Ranau. Kebetulan, dia bercuti pada masa itu dan dia dengan senang hati menerima jemputan saya.
Mini gathering 5 Inovatif 2002 

Ketika dalam perjalanan, hujan renyai mulai turun. Saya mula berasa bimbang sekiranya hujan akan membantutkan hajat saya untuk berjumpa semula dengan rakan-rakan sekolah yang sudah 10 tahun tidak bersua muka.Selepas tamat SPM 2002, kami semua membawa haluan masing-masing untuk mencapai cita-cita yang diimpikan ketika di bangku sekolah. Ada yang sambung belajar di semenanjung dan sarawak, malah ada yang memilih untuk berkahwin dan memulakan keluarga.

Dari kiri: Suhairul, Sharoline, Joanitah, Laine, Mc Adson, Azmi, Azizul dan Yitzak
Bermula hanya dari dua orang yang bersetuju untuk datang, dengan kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat, saya dapat mengumpulkan mereka yang masih berada di Kota Kinabalu.

Azmi dan ceritanya sebagai instructor di dalam tentera laut hehehe.

Hujan lebat tetapi kami masih dapat berbual

Sharoline masih dengan gaya cerianya, beliau seorang guru di sekolah rendah sekarang :)

Yitzak bercerita tentang detik ngeri kemalangan di mana kenderaan dinaiki terjunam ke gaung, syukur beliau selamat

Laine lewat sedikit tetapi masih boleh tersenyum :D

Pastinya hati saya gembira dapat berjumpa dan bertukar tukar khabar dengan mereka. Masing-masing mempunyai kerjaya dan juga keluarga, tak kurang juga yang bercadang untuk mendirikan rumah tangga dan ada juga yang sedang menanti kehadiran ahli baru di dalam keluarga.

Jumpa lagi di masa lain, terima kasih semua yang sudi hadir.

 Saya berharap pada suatu masa dapat mengumpulkan semua rakan-rakan sekelas di satu tempat dan masa yang dipersetujui bersama. Semoga kita berjumpa lagi :)

- Khaliq Ehsan: Kembara 2 Jiwa


Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments