Kota Kinabalu Bahagian 7

Selepas pusing-pusing sekitar bandar, kami menuju ke Muzium Sabah. Kami suka melawat muzium. Banyak ilmu mengenai sejarah, budaya dan agama tempatan boleh dipelajari. Dalam muzium Sabah ni tidak boleh mengambil gambar. Kami ambil gambar di luar saja.

angkat sayang jangan tak angkat


besar sebenarnya Kompleks Muzium Sabah ini

awan mendung masa kami keluar dari muzium

posing sebelah air  terjun buatan

kami pun nak juga
Keesokan harinya kami menuju ke Kinabalu Park. Mendaki Gunung Kinabalu itu belum ada niat lagi. Mungkin lain kali, bila kami dah bina otot-otot kami. Haha... Sebenarnya suami dah pernah daki Gunung Kinabalu waktu belajar dulu. Selalunya kita tak boleh nampak puncak kerana terlindung dengan awan. Kebetulan hari sangat cerah, jadi kami dapat menikmati pemandangan puncak Gunung Kinabalu! Puncak gunung yang berbatu nampak berkilauan dipanah cahaya matahari. Seakan-akan salji yang cair membentuk lopak air.

ini abang saya. nak berkenalan? hehe...

peluang untuk bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu

aksi ahli falsafah kot
Gambar di atas tu kami ambil semasa singgah di Kundasang. Di sini banyak gerai menjual cenderamata seperti rantai kunci, t-shirt, beg dan megnet peti ais. Harga barangan di sini murah dan designnya cantik-cantik belaka. Banyak jugalah kami memborong. Maaf kerana tiada gambar kedai-kedai tersebut. Asyik sangat membeli. Penuh tangan.





Kemudian kami sampai di kolam air panas Poring. Ramai betul pengunjung. Tak dapat nak ambil banyak gambar. Macam dalam pasar. Haha...

Ini tiket yang kena beli sebelum masuk ke air panas Poring. Tiket ini boleh digunakan untuk tempat-tempat lain di Kinabalu Park. Jadi pastikan anda simpan tiket ini.




Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments