Memaparkan catatan dengan label Kembara2Jiwa - Malaysia - Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembara2Jiwa - Malaysia - Perak. Papar semua catatan

Restoran Ayam Herbal

Balik dari mengundi semasa PRU13, kami balik melawat makcik di Kampar, Perak. Kami singgah di Restoran Ayam Herbal di Bidor. Sedap juga. Cukup rasa. Memang puas hati la. Sambal belacan dia memang kaw... Kepada sesiapa yang lalu Bidor tu, boleh cuba makan di sini.

antara menu restoran ayam herbal

Suasana PRU13

Ini kali pertama saya mengundi. Meriah betul suasana PRU13 di kampung. Sebelum pukul 8 keluarga kami sudah beratur di luar pagar sekolah. Pintu pagar buka je, saya dengan kakak berlari untuk beratur. Haha... tempat mengundi untuk orang muda dekat hujung sekali. Muda masih kuat berjalan katanya. Sebab kami lari, kami orang ke 5 dan 6 dalam barisan. Semangat betul... Mak punya tempat dekat depan. Sebab warga emas ramai datang awal, ada lebih kurang 25 orang beratur depan mak.

mak tengah beratur. saya dan kakak dah siap buang undi

Stesen Keretapi Sungkai

4 Mei yang lalu saya pergi jemput kakak di stesen keretapi Sungkai. Pertama kali saya datang sini. Kakak saya naik ETS dari Ipoh ke Sungkai sempena hari mengundi PRU13. Harga tiket dari Ipoh ke Sungkai untuk dewasa ialah RM15 dan kanak-kanak ialah RM12. Kakak saya bertolak dari Ipoh pukul 9 dan tiba di stesen Sungkai pada pukul 9.35. Cepat juga ya. Lain kali nak cuba pergi Ipoh dari KL Sentral ;-)

Stesen Keretapi Sungkai