Memaparkan catatan dengan label Kembara2Jiwa - Australia - Sydney. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembara2Jiwa - Australia - Sydney. Papar semua catatan

Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney Kingsford

Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney Kingsford
24 Nov 2012

Sekarang kami berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney Kingsford. Kami menunggu penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur.

Semasa sampai ke Sydney, kami tidak sempat untuk melihat-lihat kawasan di dalam lapangan terbang ini. Kami terus ke hentian teksi untuk pergi ke Hotel Courtyard Marriott di North Ryde. Tambang teksi di sini sangat mahal. Nasib baik kami telah diberikan Cab Charge oleh pihak syarikat. Nanti kami akan cerita lebih lanjut mengenai teksi di sini.

Penerbangan kami dijadualkan berlepas pada 9.55 malam waktu Sydney. Kami tiba awal. Jadi terpaksalah menunggu lama. Sambil menunggu, kami cari tempat makan.

Terdapat banyak tempat makan di sini. Ada 1 restoran Thai dengan tanda halal. Kami beli sandwich tuna dari 1 restoran yang dijaga oleh seorang wanita Vietnam saja sebab kami masih kenyang. Hati-hati semasa membeli makanan. Takut termakan yang tidak halal.

Selepas makan kami pun mencari tempat untuk solat. Kami pun google cari kalau tempat ini ada surau. Rupa-rupanya pihak pengurusan ada sediakan prayer room awam. Bilik ini dikongsi oleh semua agama. Jadi kita hendaklah menghormati orang beragama lain.

Bilik ini bersih. Jadi jangan risau. Kami ambil wuduk di tandas. Semasa kami solat, ada 2 orang kakitangan lapangan terbang solat sekali.

Alhamdulillah ada juga kemudahan bagi orang Islam untuk solat. Jadi kalau ke Lapangan Terbang Sydney Kingsford, bolehlah pergi ke aras 3 dan cari bilik sembahyang bersebelahan pejabat Aerolineas Argentina untuk menumaikan solat.

Beg Bagasi atau Luggage Bag Yang Kami Pilih

Beg Bagasi atau Luggage Bag Yang Kami Pilih
Inilah luggage bag yang kami pilih dibeli dari Travel For All ketika mereka membuat jualan murah di Alamanda October 2012 lalu. Beg fabrik ini berjenama Polo Team, saiz 28inch dengan harga RM200 selepas diskaun 60%. Sangat berbaloi. Dari segi kualitinya, boleh tahan. Seperti entry panduan memilih bagasi, beg ini memenuhi keperluan kami. Beg ini juga ada TSA lock. Manalah tahu mungkin ada rezeki kami ke Amerika Syarikat pula ;-)

luggage-bag-travel-for-all-28-polo-team-tsa-lock
polo team 28inch dengan TSA lock

luggage-bag-travel-for-all-28-polo-team
beg 4 roda yang cukup besar untuk barang keperluan kami

Panduan Memilih Bagasi atau Luggage Bag

Panduan Memilih Bagasi atau Luggage Bag
Bulan November ni kami merancang untuk pergi bercuti ke Sabah sekeluarga. Dalam bulan ini juga kami akan pergi ke Sydney, Australia untuk tujuan kerja dan bercuti sekali gus. Teruja hati kami untuk menjejakkan kaki ke bumi Allah ini. Persiapan penerbangan, penginapan dan pengangkutan darat telah dibuat. Tinggal tunggu masa untuk mengemas pakaian dan keperluan lain yang perlu dibawa.

Rancang punya rancang, rupanya kami belum ada beg bagasi atau luggage bag yang sesuai untuk penerbangan antarabangsa. Jadi kami pun membuat sedikit carian tentang bagaimana untuk memilih beg yang sesuai. Banyak juga panduan memilih pelbagai jenis beg kembara atau travel bag ini di Internet.

Antara yang menarik yang kami baca adalah blog saudara Fatt @ backpackerbusuk. Entry tersebut sangat sesuai kepada mereka yang ingin mengembara sebagai backpacker. Walaupun tidak sesuai untuk tujuan kami ke Sabah dan Sydney, entry ini mungkin berguna kepada kami untuk masa akan datang. Terima kasih saudara Fatt.

Banyak lagi artikel mengenai tip-tip memilih bagasi ini tapi kebanyakannya dari penulis luar Malaysia. Sebagai ringkasan, antara ciri-ciri beg yang perlu dinilai adalah dari segi berikut:-