Kota Kinabalu Bahagian 1

Hajat di hati mahu tulis kembara kami ke Kota Kinabalu sudah lama dibiarkan. Hmm...baik mula cepat sebelum basi. Dah basi kot. Dah 2 bulan lepas. Haha...tidak mengapalah. Janji kami tulis juga.

Kembara kami bermula di Putrajaya Sentral pada 12 Nov 2012. Kami menaiki KLIA transit dari Putrajaya Sentral ke KLIA dalam pukul 6.20 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 20 minit. Kami solat subuh di KLIA saja sebab takut terlepas keretapi. Entry mengenai KLIA transit boleh dibaca di sini. Sampai saja di KLIA, kumpulan kedua sudah menunggu. Kami yang akhir la ni. Penerbangan kami pada pukul 9 pagi. Awal juga kami sudah sedia menunggu.

jom ke Kota Kinabalu!

Oh ya...kami lupa nak cerita kenapa ada tiga kumpulan semasa pergi. Sebenarnya kakak kami yang tolong beli tiket kapal terbang MAS. Oleh kerana laman web MAS hanya membenarkan pembelian maksimum 9 orang dalam 1 transaksi, kami pecahkan mengikut bilangan keluarga. Keluarga kakak sulung, keluarga kakak kedua dan kami bersama abang dan mak. Nak dijadikan cerita, keluarga kakak kedua dan kami berjaya dapatkan tiket promosi untuk 12 Nov. Tapi keluarga kakak sulung tak lepas. Yang tinggal hanya tiket yang mahal. Jadi mereka beli tiket 11 Nov dan bertolak ke Kota Kinabalu dahulu.

sambil tunggu pintu dibuka, kita lari-lari dulu
kakak bersama emak tersayang
kakak kedua kami bersama anak-anaknya
bulat tak mata saya?
kapal terbang tengah isi minyak
abang dan anak kakak
Pintu A4
naik MAS mesti ada kacang ini
sarapan kami. nasi lemak, sambal ikan bilis dan udang, telur rebus, coklat, kek buah dan jus oren
jom ikut kami :-)
layan wayang Eight Below. walaupun dah banyak kali tengok, tetap sedih
masih ramai yang tidak pernah ke tandas dalam kapal terbang.  jadi kami letak juga gambarnya. haha...
sinkinya comel je
bersambung...
Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments