Entry kali ini adalah mengenai tempat letak kereta di Park & Ride, Putrajaya Central. Lepas ini kami akan cerita tentang pengembaraan kami di Kota Kinabalu dan Sydney. Nantikan entry kami ya... :-)
Kami letak kereta di Park & Ride ini semasa kami ke Kota Kinabalu. Pada mulanya kami merancang untuk menaiki teksi atau van untuk ke KLIA. Keluarga kami yang mengikuti percutian ini seramai 14 orang. 9 orang dewasa dan 5 kanak-kanak. Bila difikirkan, muat ke kalau nak naik teksi atau van ni Kalau teksi, kami kena tempah paling kurang 3 teksi. Van pula ada yang muat 15 orang penumpang. Tapi barang-barang kami banyak. Jadi mungkin kena tempah 2 van. Aduh... kalau boleh kami mahu kurangkan kos pengangkutan. Kos sebuah teksi dari Puchong ke KLIA adalah RM75-RM85 sehala. Van pula dalam lingkungan RM180 sehingga RM200. Mahalnya...
Ahli keluarga kami cadangkan kami pandu kereta sendiri dan letak di KLIA kerana keluarga kami ada warga emas dan kanak-kanak. Memanglah senang tapi oh tidak... itu pun mahal. Kos tempat letak kereta di KLIA boleh dirujuk di
sini. Untuk 4 hari, mereka mengenakan bayaran RM144. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk tempoh lebih 4 hari. Bila dicampur minyak dan tol, tidak banyak bezanya dengan cadangan menyewa van.
Akhirnya kami jumpa maklumat mengenai tempat Park & Ride, Putrajaya Central. Bayaran tempat letak kereta ialah RM7 sehari. Alhamdulillah... murah... Haha... Tempat letak kereta di sini berbumbung pula tu. Pengawal keselamatan juga sentiasa meronda. Sistem pembayaran adalah automatik dan dibuka 24 jam. Jadi kami rasa yakin untuk meninggalkan kereta kami selama 5 hari. Bayaran yang dikenakan adalah RM30. Mengikut cara pengiraan, RM2 dikenakan dari 6 pagi sehingga 12 malam dan RM5 dikenakan dari 12 malam ke atas sehingga sebelum 6 pagi keesokkannya.