Memaparkan catatan dengan label Kembara2Jiwa - Malaysia - Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembara2Jiwa - Malaysia - Selangor. Papar semua catatan

Nasi Lemak Terminal Bas Cyberjaya

Nasi Lemak Terminal Bas Cyberjaya
Gerai O
Nasi lemak sambal sotong dan telur mata, teh o ais
Nak makan nasi lemak sedap dan murah di Cyberjaya? Kami cadangkan nasi lemak terminal bas Cyberjaya. Gerai O.

Waktu pagi memang ramai orang. Gerainya kecil dan sempit. Jadi kena bersabar sikit.

Nasi lemak sambal sotong dan telur mata RM5.50. Sambal kerang pun sedap. Gerai pilihan kami kalau nak sarapan nasi lemak.

Gold Coast Morib

Assalamualaikum... Selamat hari buruh! Dapat cuti sehari. Hehe... Hari ini kami dijemput oleh seorang kawan untuk ke Gold Coast Morib. Kami dapat tiket percuma untuk ke taman tema air Gold Coast Morib. Ianya percuma sebab ayah kawan kami ini ada buat pelaburan di sini. Dapatlah tiket in-house guest. Kira dia belanjalah ni. Terima kasih!

Pass masuk untuk in-house guest

Aktiviti Hujung Minggu

1. Bangun lambat ;p

2. Melihat perkembangan pembinaan rumah. Yeay...bumbung dah siap. Makin kuat la berangan nak hias rumah.

3. Pusing-pusing kawasan rumah baru sambil cari kedai makan untuk makan tengahari. Stokis tupperware pun ada. Habis la poket berlubang nanti.

4. Makan nasi arab di Cyberjaya. Sebab tak jumpa kedai makan yang berkenan dekat kawasan rumah baru. Banyak kedai mamak saja. Kalau cakap makan nasi arab di Cyberjaya, mesti ada orang tanya, "Saba ke?". Kami tidak berapa gemar dengan nasi arab Saba sebab muak. Kami suka makan di Al-Barakah dekat dengan Domain.
5. Beli barang dapur di Pasar Borong Selangor. Sudah lama duduk dekat dengan pasar tapi ini pertama kali kami ke pasar borong. Harga boleh tahan. Segar pun ya juga.
bayaran masuk RM1

MAHA 2012

Sebagai sokongan, kami ingin memaklumkan bahawa mulai 23 November sehingga 2
Disember 2012, Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show 2012 (MAHA 2012) akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Terdapat banyak kedai pameran dan jualan di sini. Kepada yang berminat bolehlah mngunjungi MAHA 2012. Maklumat lanjut boleh didapati di Laman Web MAHA.

Atas ajakan rakan sepejabat, saya juga tidak ketinggalan untuk melihat sendiri MAHA 2012 ini. Ini kali pertama saya ke sini. Walaupun hari ini hari bekerja, terdapat ramai pengunjung. Mungkin kerana sekarang cuti sekolah. Jadi ibu bapa mengambil kesempatan membawa anak-anak ke sini. Bagus juga ya. Selain membeli-belah produk yang ditawarkan, banyak juga pengetahuan yang boleh diperolehi.

Saya memang sudah rambang mata. Kalau tidak kerana panas dan tempat letak kereta yang jauh, mungkin saya sudah memborong buah-buahan dan sayuran. Haha...tapi gaji belum masuk. Esok mungkin pergi lagi. Rakan sepejabat sudah buat perancangan untuk esok. Yang penting, bawa payung dan troli jika ingin beli banyak.

Inilah hasil 'tangkapan' hari ini. Apolo melon ini harganya RM3 sebiji. Saya beli 2 biji. Jenuh juga nak membawa melon yang berat ini. Menurut rakan saya, harga di luar lebih kurang RM7 sekilo. Jadi memang murah beli di MAHA. Yang di sebelah kiri tu, saya beli cardigan 2 pasang dengan harga RM14 tiap satu. Murah kan? :-)


Bagan Lalang - Hadiah Buat Suami

Bila tiba hari istimewa insan tersayang, kita semua tentu tercari-cari hadiah yang sesuai. September lalu saya buat keputusan untuk bawa suami ke Bagan Lalang untuk makan makanan laut sebagai meraikan hari lahirnya. Kami memang suka makan. Jadi memang sesuai sangatlah rancangan untuk jalan-jalan cari makan. haha... Kami bertolak dari rumah dalam pukul 12 sebab kami rancang untuk makan tengahari di sana. Saya selidik jugalah kot ada restoran yang buka tengahari. Kawan pejabat bagitahu ada 1 restoran yang buka tengahari. Sampai sana memang 1 tu je lah restoran yang buka.

pemandangan dari restoran. golden palm tree
Alhamdulillah rezeki kami. Saya tak ingat nama restoran ni tapi kedudukan dia betul-betul dekat dengan pasar basah. Ramai cakap harga seafood di bagan lalang ni murah tapi bagi saya biasa je. Cuma yang istimewa di sini seafood memang segar. Yang paling saya suka, harga makanan bergantung pada berat seafood yang kita pilih. Sangat berbaloi! Jadi makanan kita tidaklah hanya ada bawang, serai dsb macam kita makan di restoran biasa. Memang puas hatilah! Suami pun seronok makan. Haha... jom tengok gambar yang sempat kami ambil. Tak banyak pun. Sebab asyik sibuk menyuap makanan. ;-D

ketam cili
Ketam masak cili ni memang sedap la. Suami makan sampai licin. Kami ambil 4 ekor. Berat 800g RM36. Kedai ini tak sediakan alat untuk pecahkan kaki ketam tu. Jadi agak susah untuk makan.
sotong goreng tepung
Sotong goreng tepung ni memang terbaik! Rangup dah sedap. Kami ambil 4 ekor yang besar. Harga RM29.30 untuk 650g.
pepahat cili
Ini kali pertama kami makan pepahat. Ni masak cili juga. Sedap juga ya. Rasa macam lala tapi lebih liat. Saya cakap kat suami, "macam tiub tayar". Haha...harga dia RM18 untuk 400g.
tomyam seafood
Yang ni tomyam seafood. Harga RM5. Rasanya boleh la. Biasa saja.
neko-chan~~
Ini pula penunggu setia kami. Kucing-kucing di sini gebu bulunya. Agaknya sebab duduk dekat pantai. :-) Jumlah harga makanan kami, termasuk nasi dan air ialah RM96.60. Jadi bagi kami harga seafood di sini biasa saja. Tidak murah dan tidak mahal. Tapi puas hati sebab segar, sedap dan kuantitinya banyak.