Hari pertama pergi island hopping. Ini aktiviti wajib bila ke Kota Kinabalu. Jadi, destinasi pertama kami ialah Jesselton Point. Di tengah-tengah kepesatan Kota Kinabalu ini terselit pintu masuk ke Jesselton Point. Serius tak perasan. haha...
 |
Selamat Datang! |
 |
Jesselton Point |
 |
di bahagian depan terdapat kaunter-kaunter tiket untuk island hopping |
Kadar bayaran yang dikenakan adalah mengikut bilangan pulau yang kita nak pergi. Ada 5 pulau yang boleh kita pilih - Manukan, Gaya, Sapi, Mamutik dan Sulug. Kelima-lima pulau ini terletak di dalam kawasan Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Kalau bernasib baik, boleh tawar-menawar harga sewa. Kami dapat harga rendah sedikit dari apa yang dinyatakan di kaunter tiket. Harga yang kami bayar belum masuk tiket masuk Taman Marin. Setiap pulau akan ditanya tiket masuk. Cuma perlu beli tiket sekali saja di pulau pertama yang kita pergi. Pulau seterusnya hanya tunjuk tiket tadi.
 |
pemandangan dari jeti |
 |
teruja tengok bot |
 |
sudah tidak sabar ni |
 |
cantik pemandangan di sini |
Bersambung...
0 Komentar
Comments