Kota Kinabalu Bahagian 3

Selepas menunaikan solat di Masjid Negeri Sabah, kami menuju ke Kondominium Marina Court. Kami ambil Penthouse sebab keluarga kami 14 orang. Pada mulanya kami mahu sewa unit biasa, tapi untuk pastikan semua orang selesa, kami pun pilih penthouse. Kadar sewa semalam untuk penthouse ini sekitar RM500 ke RM700 mengikut musim. Kedudukannya strategik. Dekat dengan pasar malam Sinsuran, Pasar Filipina, pasar ikan masin dan restoran. Boleh berjalan kaki saja. Semput jugalah untuk kami yang jarang berjalan. Haha...

Penthouse ini sangat sesuai bagi keluarga besar. Ada 2 tingkat. Tingkat atas terdapat 3 bilik yang besar dan 2 bilik air yang lengkap dengan tab mandi. Tingkat bawah pula ada 1 bilik kecil dan bilik air. Memang besar penthouse ini. Ruang tamunya pun luas.

rak kasut yang besar pun ada



tangga untuk ke tingkat 2 bersebelahan pintu masuk
tv dengan Astro, internet wireless pun ada
 Mesin basuh baju disediakan di sini. Ampaian baju dan penyidai juga ada di balkoni rumah.
pemandangan dari ruang tamu
tuala disediakan dan ditukar setiap hari
Kemudahan dapur; peti sejuk, dapur elektrik, cerek air, rice cooker, pinggan mangkuk dan alatan lain disediakan. Kami bawa sabun tanah Tahara untuk samak semua alatan masak. Yelah mana kita tahu orang sebelum ini masak apa. 
ruang makan yang luas
Kami sangat puas hati dengan Marina Court Penthouse ni. Kalau ada rezeki datang beramai-ramai, kami akan menyewa lagi di sini.
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

Salam Zuliza.. Nak tanya.. book penthouse ni melalui official website ke individu? Saya berminat dgn penthouse ni..

Siti, sk.adam[a]rocketmail.com

Balas
avatar

Salam SIti. Maaf ya. Kami sewa ikut pakej. No phone owner pun sudah hilang. Boleh cuba yg dalam Agoda

Balas

Comments