Memaparkan catatan dengan label Kembara2Jiwa - Panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembara2Jiwa - Panduan. Papar semua catatan

Cara Bersihkan Breast Pump Di Pejabat

Bawa sabun pencuci barangan bayi. Letak di dalam botol kecil. Saya gunakan sabun Pureen. Cuci dengan bersih bahagian pam yang telah digunakan menggunakan sabun. Tidak perlu menggunakan berus. Gosok pakai tangan saja. Alirkan air sabun kebahagian yang sempit. Gunakan air yang banyak.
Masukkan bahagian yang telah dicuci ke dalam beg jaring seperti dalam gambar. Boleh dibeli di kedai barangan bayi. Dulu saya pakai Lacte drying net. Tapi dah koyak. Yang baru ni, saya beli di Daiso. Lebih murah dan besar. Mr. DIY pun ada jual. Goncang beg untuk buang lebihan air. Keringkan atas meja atau tempat terbuka. Insya Allah sempat kering untuk sesi seterusnya.
Kalau tak sempat cuci, boleh simpan bahagian pam di peti sejuk atau cooler bag. Tapi saya lebih suka basuh.
Jangan lupa untuk cuci sekali lagi bila balik rumah. Boleh sterilkan sekali. 

Review Lacte Duet Breastpump

Assalamualaikum... Kembara2Jiwa dah bertiga dah. Alhamdulillah 😊
Anak dah 14 bulan. Sepanjang 14 bulan la saya pakai Lacte Duet breast pump ni. Jadi bolehlah review.
Kelebihan :
- Heavy duty breast pump
- Silicone​ breast shields yang lembut dan selesa
- 2 pam yg berasingan untuk kiri dan kanan. Boleh pakai 1 atau 2 belah
- Bunyi pam yang perlahan
- Boleh pakai power bank
- 9 level sedutan
- saiz yang kecil dan ringan untuk kategori breastpump yang memiliki 2 pam berasingan
- Harga berpatutan untuk kategori ini. Saya beli daripada Fabulous Mom dengan harga RM480
Kekurangan :
- Banyak parts. Silicone breast shields perlu ditanggalkan daripada breast shield frames untuk dicuci. Tambahan pula, saya menggunakan wide neck bottle converter sebab saya gunakan normal neck bottle untuk simpan susu.
Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan pam ini. Bakal ibu bolehlah consider Lacte Duet breast pump ini. Sekarang banyak model baru di pasaran dan harga pun berpatutan.
Pastikan ciri-ciri pam yang dikehendaki. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Kalau boleh, pergi ke butik-butik barangan bayi dan cuba sendiri pam yang ibu berkenan. Pilih mengikut bajet dan keperluan.
Akhir kata, tahniah untuk ibu dan semoga perjalanan penyusuan dipermudahkan. Insya Allah... 😊

KLIA Ekspres Apps

Kami pernah tulis mengenai KLIA Ekspres dan KLIA Transit dulu. Bulan Ogos yang lalu mereka telah lancarkan KLIA Ekspres App untuk App Store dan Google Play. Bolehlah lihat jadual perjalanan dan beli tiket dengan peranti mudah alih anda!

Google Play
Tetapi untuk ke LCCT, belum ada pakej KLIA Transit + tiket bas. Kalau mahu ke LCCT, anda masih perlu beli tiket di kaunter. Mungkin pada masa akan datang mereka akan masukkan pakej tersebut.

Stesen Keretapi Sungkai

4 Mei yang lalu saya pergi jemput kakak di stesen keretapi Sungkai. Pertama kali saya datang sini. Kakak saya naik ETS dari Ipoh ke Sungkai sempena hari mengundi PRU13. Harga tiket dari Ipoh ke Sungkai untuk dewasa ialah RM15 dan kanak-kanak ialah RM12. Kakak saya bertolak dari Ipoh pukul 9 dan tiba di stesen Sungkai pada pukul 9.35. Cepat juga ya. Lain kali nak cuba pergi Ipoh dari KL Sentral ;-)

Stesen Keretapi Sungkai

Aktiviti Hujung Minggu

1. Bangun lambat ;p

2. Melihat perkembangan pembinaan rumah. Yeay...bumbung dah siap. Makin kuat la berangan nak hias rumah.

3. Pusing-pusing kawasan rumah baru sambil cari kedai makan untuk makan tengahari. Stokis tupperware pun ada. Habis la poket berlubang nanti.

4. Makan nasi arab di Cyberjaya. Sebab tak jumpa kedai makan yang berkenan dekat kawasan rumah baru. Banyak kedai mamak saja. Kalau cakap makan nasi arab di Cyberjaya, mesti ada orang tanya, "Saba ke?". Kami tidak berapa gemar dengan nasi arab Saba sebab muak. Kami suka makan di Al-Barakah dekat dengan Domain.
5. Beli barang dapur di Pasar Borong Selangor. Sudah lama duduk dekat dengan pasar tapi ini pertama kali kami ke pasar borong. Harga boleh tahan. Segar pun ya juga.
bayaran masuk RM1

Groupon dan Milkadeal

Groupon dan Milkadeal
Groupon dan Milkadeal adalah antara laman yang kami selalu kunjungi. Kakak saya ada bertanya, "Boleh percaya ke website ni?". Kawan-kawan kami pun ada juga yang bertanya. Jawapan kami, "Boleh tetapi...".
Ada banyak tetapinya. Hehe... Bagi kami ianya terpulang kepada pengetahuan kita. Jadi di sini kami ingin kongsi sedikit tentang dua laman web ini. Pengetahuan ini juga digunakan untuk kedai online lain. Tujuan kami bukanlah untuk memberi gambaran negatif terhadap industri atas talian ini tetapi sekadar berkongsi pendapat kami. Banyak juga produk dan perkhidmatan yang kami beli dari Groupon dan Milkadeal ini. Setakat ini kami berpuas hati dengan perkhidmatan mereka tetapi masih ada yang boleh diperbaiki.

1. Baca dan lihat dengan teliti

Apabila melihat barangan yang benar-benar kami mahu di laman web tersebut, pertama sekali yang kami buat adalah baca semua penerangan yang ada. Termasuklah yang tulisan bersaiz kecil (jika ada). Kadang-kadang cara penerangan mereka boleh buat kita keliru. Kami tidak setuju dengan cara meletakkan gambar produk dan teks "pictures are for reference only" yang diselit di tengah-tengah himpunan ayat yang meleret.  Maksudnya produk sebenar sedikit berbeza dari gambar? Sepatutnya mereka letakkan gambar sebenar produk tersebut. Kadang kala terdapat video dari YouTube yang kononnya mendemostrasikan cara penggunaan produk mereka. Padahal produk dalam video tersebut tidak sepenuhnya sama dengan produk yang ditawarkan. For reference only juga? Kami lebih suka jika video itu dibuat dengan menggunakan produk sebenar. Video tidak cantik pun tidak apalah. Asalkan ia menunjukkan cara penggunaan yang betul.

Cara Mudah untuk Mengatur Tugas

Ada di kalangan kita suka gunakan post-it note di pejabat untuk mengatur tugasan yang perlu dilakukan. Apabila tugasan banyak, banyak jugalah post-it note bertampal di merata-rata. Ada di skrin komputer, di papan putih, di meja dan sebagainya. Bagi yang suka post-it note, mungkin anda akan suka Trello. Aplikasi ini juga boleh digunakan di IPhone dan Android. Bagi kami, ianya memudahkan tugas kami. Anda boleh gunakan akaun Google anda untuk login. Selamat mencuba.

Kami nak cari tiket murah

Baru-baru ini rakan kami ada mengesyorkan cara untuk mencari tiket kapal terbang yang murah di FlyNow. Laman ini mudah digunakan dan yang paling kami suka, ia boleh memaparkan harga terendah untuk satu tahun.

KLIA Ekspres dan Transit

Ok hari ini kami mahu bercerita tentang Express Rail Link (ERL) di Putrajaya Sentral. Kami telah menggunakan ERL ini semasa ke Kota Kinabalu. Kami letak kereta di Park & Ride Putrajaya saja. Terdapat dua perkhidmatan ERL yang ditawarkan; KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Apa perbezaannya? Teruskan membaca ya...

Seperti namanya, KLIA Ekspres adalah perkhidmatan keretapi tanpa henti pergi balik dari KL Sentral ke KLIA. Jadi kalau mahu ke KLIA dari KL Sentral, bolehlah cuba KLIA Ekspres. Keretapi pertama bertolak dari KL Sentral dan KLIA pada pukul 5 pagi dan keretapi terakhir pada pukul 12.30 malam. Manakala keretapi terakhir dari KLIA bertolak pada pukul 1 pagi. Kekerapan keretapi adalah 15 minit pada waktu puncak dan 20 minit di luar waktu puncak. Perjalanan sehala mengambil masa selama 28 minit. Maklumat lanjut boleh rujuk di KLIA Ekspres.

Tambang KLIA Ekspres. Sumber: KLIA Ekspres

Tempat Letak Kereta di Putrajaya Sentral

Entry kali ini adalah mengenai tempat letak kereta di Park & Ride, Putrajaya Central. Lepas ini kami akan cerita tentang pengembaraan kami di Kota Kinabalu dan Sydney. Nantikan entry kami ya... :-)

Kami letak kereta di Park & Ride ini semasa kami ke Kota Kinabalu. Pada mulanya kami merancang untuk menaiki teksi atau van untuk ke KLIA. Keluarga kami yang mengikuti percutian ini seramai 14 orang. 9 orang dewasa dan 5 kanak-kanak. Bila difikirkan, muat ke kalau nak naik teksi atau van ni Kalau teksi, kami kena tempah paling kurang 3 teksi. Van pula ada yang muat 15 orang penumpang. Tapi barang-barang kami banyak. Jadi mungkin kena tempah 2 van. Aduh... kalau boleh kami mahu kurangkan kos pengangkutan. Kos sebuah teksi dari Puchong ke KLIA adalah RM75-RM85 sehala. Van pula dalam lingkungan RM180 sehingga RM200. Mahalnya...

Ahli keluarga kami cadangkan kami pandu kereta sendiri dan letak di KLIA kerana keluarga kami ada warga emas dan kanak-kanak. Memanglah senang tapi oh tidak... itu pun mahal. Kos tempat letak kereta di KLIA boleh dirujuk di sini. Untuk 4 hari, mereka mengenakan bayaran RM144. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk tempoh lebih 4 hari. Bila dicampur minyak dan tol, tidak banyak bezanya dengan cadangan menyewa van.

Akhirnya kami jumpa maklumat mengenai tempat Park & Ride, Putrajaya Central. Bayaran tempat letak kereta ialah RM7 sehari. Alhamdulillah... murah... Haha... Tempat letak kereta di sini berbumbung pula tu. Pengawal keselamatan juga sentiasa meronda. Sistem pembayaran adalah automatik dan dibuka 24 jam. Jadi kami rasa yakin untuk meninggalkan kereta kami selama 5 hari. Bayaran yang dikenakan adalah RM30. Mengikut cara pengiraan, RM2 dikenakan dari 6 pagi sehingga 12 malam dan RM5 dikenakan dari 12 malam ke atas sehingga sebelum 6 pagi keesokkannya.

Beg Bagasi atau Luggage Bag Yang Kami Pilih

Beg Bagasi atau Luggage Bag Yang Kami Pilih
Inilah luggage bag yang kami pilih dibeli dari Travel For All ketika mereka membuat jualan murah di Alamanda October 2012 lalu. Beg fabrik ini berjenama Polo Team, saiz 28inch dengan harga RM200 selepas diskaun 60%. Sangat berbaloi. Dari segi kualitinya, boleh tahan. Seperti entry panduan memilih bagasi, beg ini memenuhi keperluan kami. Beg ini juga ada TSA lock. Manalah tahu mungkin ada rezeki kami ke Amerika Syarikat pula ;-)

luggage-bag-travel-for-all-28-polo-team-tsa-lock
polo team 28inch dengan TSA lock

luggage-bag-travel-for-all-28-polo-team
beg 4 roda yang cukup besar untuk barang keperluan kami

Panduan Memilih Bagasi atau Luggage Bag

Panduan Memilih Bagasi atau Luggage Bag
Bulan November ni kami merancang untuk pergi bercuti ke Sabah sekeluarga. Dalam bulan ini juga kami akan pergi ke Sydney, Australia untuk tujuan kerja dan bercuti sekali gus. Teruja hati kami untuk menjejakkan kaki ke bumi Allah ini. Persiapan penerbangan, penginapan dan pengangkutan darat telah dibuat. Tinggal tunggu masa untuk mengemas pakaian dan keperluan lain yang perlu dibawa.

Rancang punya rancang, rupanya kami belum ada beg bagasi atau luggage bag yang sesuai untuk penerbangan antarabangsa. Jadi kami pun membuat sedikit carian tentang bagaimana untuk memilih beg yang sesuai. Banyak juga panduan memilih pelbagai jenis beg kembara atau travel bag ini di Internet.

Antara yang menarik yang kami baca adalah blog saudara Fatt @ backpackerbusuk. Entry tersebut sangat sesuai kepada mereka yang ingin mengembara sebagai backpacker. Walaupun tidak sesuai untuk tujuan kami ke Sabah dan Sydney, entry ini mungkin berguna kepada kami untuk masa akan datang. Terima kasih saudara Fatt.

Banyak lagi artikel mengenai tip-tip memilih bagasi ini tapi kebanyakannya dari penulis luar Malaysia. Sebagai ringkasan, antara ciri-ciri beg yang perlu dinilai adalah dari segi berikut:-