Kembara seterusnya ialah pusing-pusing Likas dan melawat bangunan milik Yayasan Sabah yang dipanggil Menara Tun Mustapha. Bangunan ini agak unik kerana bentuknya menyerupai bateri. Menurut maklumat yang kami dapat, dulu ada restoran berputar. Menarik juga tu.
|
keluarga tersayang |
Menurut kata pemandu pelancong kami, bangunan ini telah dikosongkan kerana tidak selamat. Tanah di sini mendap dan menyebabkan menara ini condong. Mungkin menara ini akan dibiar kosong atau akan dirobohkan. Kata pemandu itu la...kami pun tidak pasti kebenarannya. Tapi kawasan ini memang nampak kosong.
|
unik kan? sayang jika dirobohkan |
|
posing sikit. manalah tahu nanti dirobohkan |
Sudah masuk waktu solat, jadi kami singgah di Masjid Bandaraya, Likas atau dipanggil masjid terapung. Cantik masjid ni. Mesti waktu malam lagi cantik. Nampak pantulan cahaya dari masjid di atas air.
|
cantik masjid ni |
|
terik matahari hari tu. alhamdulillah cuaca baik |
|
kolam di keliling masjid |
|
jauh juga berjalan dari tempat letak kereta |
|
bahagian dalam masjid. sejuk je |
Lepas melawat masjid, kami pergi ke Signal Hill. Di bukit ini kita boleh lihat pemandangan Kota Kinabalu. Pesat membangun bandar ini. Menurut kata suami yang pernah menetap di Sabah, banyak bangunan yang baru.
|
peta Kota Kinabalu di Signal Hill |
|
tinggi-tinggi bangunan di sini. hampir tak nampak laut |
|
pusat beli-belah baru dinamakan Suria Sabah |
Dulu suami menetap dan bersekolah di Menggatal, Sabah. Patutlah "gatal" kan. Hahaha... Ada sejarahnya nama Menggatal tu. Jadi bila ke Kota Kinabalu ini, suami ambil peluang untuk bertemu kawan-kawan lama. Sepanjang kembara kami tiba-tiba suami cakap Sabah dengan saya. Terkulat-kulat jugalah.
|
gembira suami dapat pulang ke Sabah |
|
terdapat tempat duduk di sepanjang jalan. kalau nak dating best juga ;p |
bersambung...
0 Komentar
Comments