Memaparkan catatan dengan label Kembara2Jiwa - Malaysia - Kuala Lumpur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembara2Jiwa - Malaysia - Kuala Lumpur. Papar semua catatan
Tidak seperti yang diharapkan
The Games Xpo 2012 cuma ada Dota 2 dengan FIFA 13 tournament saja... Apa ni? Tak ada booth pameran langsung... Yang ada pun, booth NVIDIA selaku penaja. Waaa...kami nak tengok pameran games.
The Games Xpo 2012
Esok kami akan ke The Games Xpo 2012 di KLCC. Ada FIFA 13 Tournament. Siapa nak lawan kami boleh datang. Minta-minta badan kami dah hilang sakit. Kepada yang berminat perlu daftar di The Games Xpo dulu untuk dapatkan jemputan.
ATV Adventure Park
Hari ini kami sakit-sakit badan sebab semalam layan kembara ATV di ATV Adventure Park, Kampung Kemensah, Hulu Kelang. Seramai 16 orang dari team SIT menyertai kembara kali ini.
Kembara kami bermula di Cyberjaya pada pukul 2 petang. Kami berkonvoi 5 kereta ke Kampung Kemensah. Dalam perjalanan kami, hujan pun turun. Alamak...kami semua dah cuak. Bila hujan, mesti laluan ATV semakin mencabar. Nasib baik juga hari Khamis hari bekerja. Jadi tidak ramai ke ATV Adventure Park ni. Pastikan anda tempah dulu sebelum ke sini terutama pada hujung minggu.
Kami tiba di ATV Adventure Park pada pukul 2.40 petang. Jalan kampung ini kecil. Jadi berhati-hati ya. Sampai saja di sini, kami pun tukar pakaian yang sesuai. Taklimat mengenai cara pengendalian ATV diberikan oleh petugas. Rupa-rupanya kawalan minyak ATV tak sama macam motorsikal. Motor kita kena pulas tapi ATV tekan je. Gear ada 3 di bahagian tepi sebelah kaki kanan. Forward, neutral dan reverse. Kalau nak tukar gear kena guna tangan. Terdapat sesi percubaan di trek yang disediakan sebelum kembara sebenar. Macam ujian memandu. Kalau tak lepas, petugas tidak benarkan anda ikut.
Terdapat 5 pakej yang ditawarkan. Anda boleh rujuk di pakej ATV Adventure Park. Pastikan anda patuhi peraturan yang ditetapkan. Kami ambil pekej C. Dalam pekej tu menyatakan perjalanan mengambil masa 1 jam setengah sehingga 2 jam tapi kami ambil masa 4 jam. Hahaha... Mungkin kerana hujan, jadi laluan lebih mencabar. Beberapa orang dari kumpulan kami tersekat di jalan berlumpur. Untuk pakej C, kami dibawa ke air terjun Sofea Jane. Kenapa Sofea Jane? Sebab dulu Sofea Jane buat pengambaran di sini. Cantik dan bersih air terjun ni. Tapi sayangnya kami tak dapat mandi lama sebab hujan.
KLIA Ekspres dan Transit
Ok hari ini kami mahu bercerita tentang Express Rail Link (ERL) di Putrajaya Sentral. Kami telah menggunakan ERL ini semasa ke Kota Kinabalu. Kami letak kereta di Park & Ride Putrajaya saja. Terdapat dua perkhidmatan ERL yang ditawarkan; KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Apa perbezaannya? Teruskan membaca ya...
Seperti namanya, KLIA Ekspres adalah perkhidmatan keretapi tanpa henti pergi balik dari KL Sentral ke KLIA. Jadi kalau mahu ke KLIA dari KL Sentral, bolehlah cuba KLIA Ekspres. Keretapi pertama bertolak dari KL Sentral dan KLIA pada pukul 5 pagi dan keretapi terakhir pada pukul 12.30 malam. Manakala keretapi terakhir dari KLIA bertolak pada pukul 1 pagi. Kekerapan keretapi adalah 15 minit pada waktu puncak dan 20 minit di luar waktu puncak. Perjalanan sehala mengambil masa selama 28 minit. Maklumat lanjut boleh rujuk di KLIA Ekspres.
| Tambang KLIA Ekspres. Sumber: KLIA Ekspres |
Tempat Letak Kereta di Putrajaya Sentral
Entry kali ini adalah mengenai tempat letak kereta di Park & Ride, Putrajaya Central. Lepas ini kami akan cerita tentang pengembaraan kami di Kota Kinabalu dan Sydney. Nantikan entry kami ya... :-)
Kami letak kereta di Park & Ride ini semasa kami ke Kota Kinabalu. Pada mulanya kami merancang untuk menaiki teksi atau van untuk ke KLIA. Keluarga kami yang mengikuti percutian ini seramai 14 orang. 9 orang dewasa dan 5 kanak-kanak. Bila difikirkan, muat ke kalau nak naik teksi atau van ni Kalau teksi, kami kena tempah paling kurang 3 teksi. Van pula ada yang muat 15 orang penumpang. Tapi barang-barang kami banyak. Jadi mungkin kena tempah 2 van. Aduh... kalau boleh kami mahu kurangkan kos pengangkutan. Kos sebuah teksi dari Puchong ke KLIA adalah RM75-RM85 sehala. Van pula dalam lingkungan RM180 sehingga RM200. Mahalnya...
Ahli keluarga kami cadangkan kami pandu kereta sendiri dan letak di KLIA kerana keluarga kami ada warga emas dan kanak-kanak. Memanglah senang tapi oh tidak... itu pun mahal. Kos tempat letak kereta di KLIA boleh dirujuk di sini. Untuk 4 hari, mereka mengenakan bayaran RM144. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk tempoh lebih 4 hari. Bila dicampur minyak dan tol, tidak banyak bezanya dengan cadangan menyewa van.
Akhirnya kami jumpa maklumat mengenai tempat Park & Ride, Putrajaya Central. Bayaran tempat letak kereta ialah RM7 sehari. Alhamdulillah... murah... Haha... Tempat letak kereta di sini berbumbung pula tu. Pengawal keselamatan juga sentiasa meronda. Sistem pembayaran adalah automatik dan dibuka 24 jam. Jadi kami rasa yakin untuk meninggalkan kereta kami selama 5 hari. Bayaran yang dikenakan adalah RM30. Mengikut cara pengiraan, RM2 dikenakan dari 6 pagi sehingga 12 malam dan RM5 dikenakan dari 12 malam ke atas sehingga sebelum 6 pagi keesokkannya.
Langgan:
Catatan (Atom)

