Memaparkan catatan dengan label Kembara2Jiwa - Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembara2Jiwa - Makanan. Papar semua catatan

Nasi Lemak Terminal Bas Cyberjaya

Nasi Lemak Terminal Bas Cyberjaya
Gerai O
Nasi lemak sambal sotong dan telur mata, teh o ais
Nak makan nasi lemak sedap dan murah di Cyberjaya? Kami cadangkan nasi lemak terminal bas Cyberjaya. Gerai O.

Waktu pagi memang ramai orang. Gerainya kecil dan sempit. Jadi kena bersabar sikit.

Nasi lemak sambal sotong dan telur mata RM5.50. Sambal kerang pun sedap. Gerai pilihan kami kalau nak sarapan nasi lemak.

Restoran Ayam Herbal

Balik dari mengundi semasa PRU13, kami balik melawat makcik di Kampar, Perak. Kami singgah di Restoran Ayam Herbal di Bidor. Sedap juga. Cukup rasa. Memang puas hati la. Sambal belacan dia memang kaw... Kepada sesiapa yang lalu Bidor tu, boleh cuba makan di sini.

antara menu restoran ayam herbal

Aktiviti Hujung Minggu

1. Bangun lambat ;p

2. Melihat perkembangan pembinaan rumah. Yeay...bumbung dah siap. Makin kuat la berangan nak hias rumah.

3. Pusing-pusing kawasan rumah baru sambil cari kedai makan untuk makan tengahari. Stokis tupperware pun ada. Habis la poket berlubang nanti.

4. Makan nasi arab di Cyberjaya. Sebab tak jumpa kedai makan yang berkenan dekat kawasan rumah baru. Banyak kedai mamak saja. Kalau cakap makan nasi arab di Cyberjaya, mesti ada orang tanya, "Saba ke?". Kami tidak berapa gemar dengan nasi arab Saba sebab muak. Kami suka makan di Al-Barakah dekat dengan Domain.
5. Beli barang dapur di Pasar Borong Selangor. Sudah lama duduk dekat dengan pasar tapi ini pertama kali kami ke pasar borong. Harga boleh tahan. Segar pun ya juga.
bayaran masuk RM1

Comelnya...

Semalam kami terjumpa biskut Hello Kitty semasa beli barang dapur di Giant Putra Heights. Comel sangat. Barangan original ni tau. Bekas biskut ini boleh buat tabung. Biskut di dalamnya berperisa tomato. Sedap juga. Harganya RM11.99.