Assalamualaikum... Selamat hari buruh! Dapat cuti sehari. Hehe... Hari ini kami dijemput oleh seorang kawan untuk ke Gold Coast Morib. Kami dapat tiket percuma untuk ke taman tema air Gold Coast Morib. Ianya percuma sebab ayah kawan kami ini ada buat pelaburan di sini. Dapatlah tiket in-house guest. Kira dia belanjalah ni. Terima kasih!
Pass masuk untuk in-house guest |
Kami bertiga bertolak dari rumah pukul 11 dan berhenti untuk makan di perhentian rehat SKVE (Banting kalau tidak silap). Perhentian ini baru dibuka dan tidak banyak kedai makan lagi. Restoran yang kami pergi itu pun hanya jual mee bandung dangan soto sahaja. Sampai di Gold Coast Morib dalam pukul 12 tengahari.
kaunter tiket |
Ramai juga yang datang ke sini. Tiket untuk dewasa ialah RM35 dan kanak-kanak RM20. Bagi kami harganya agak mahal untuk tempat sekecil ini. Tetapi kami suka sebab bersih dan tidak sesak. Taman tema air ini dibuka dari 8 pagi sehingga 7 malam. Bagi yang mahu sewa pelampung, deposit RM10 dan sewa RM10 dikenakan. Tidak perlu pelampung pun. Sebab taman ini kecil saja. Locker juga ada disewakan. Bayaran RM10 untuk deposit dan RM5 untuk sewa dikenakan.
pelampung untuk disewa |
Sewa RM5 deposit RM10 |
peraturan yang mesti dipatuhi |
Terdapat 4 jenis luncur air saja di sini. Taman ini sesuai untuk keluarga, pasangan atau individu yang mahu berehat-rehat. Taman ini tidak begitu panas pada waktu tengahari sebab dikelilingi dengan bangunan. Jadi sesuai kalau mahu bersantai. Kami sempat ambil gambar sedikit saja. Selebihnya kami main air sampai pukul 3.
Kepada yang berminat bolehlah menyewa hotel di sini. Menurut kawan kami, dalam bilik ada jakuzi. Wah... lain kali pulalah kami honeymoon hujung minggu di sini. ;-)
0 Komentar
Comments