1. Bangun lambat ;p
2. Melihat perkembangan pembinaan rumah. Yeay...bumbung dah siap. Makin kuat la berangan nak hias rumah.
3. Pusing-pusing kawasan rumah baru sambil cari kedai makan untuk makan tengahari. Stokis tupperware pun ada. Habis la poket berlubang nanti.
4. Makan nasi arab di Cyberjaya. Sebab tak jumpa kedai makan yang berkenan dekat kawasan rumah baru. Banyak kedai mamak saja. Kalau cakap makan nasi arab di Cyberjaya, mesti ada orang tanya, "Saba ke?". Kami tidak berapa gemar dengan nasi arab Saba sebab muak. Kami suka makan di Al-Barakah dekat dengan Domain.
5. Beli barang dapur di Pasar Borong Selangor. Sudah lama duduk dekat dengan pasar tapi ini pertama kali kami ke pasar borong. Harga boleh tahan. Segar pun ya juga.
bayaran masuk RM1 |
Barang yang kami beli. Harga tu lebih kurang la. Dah tak berapa ingat.
1kg udang = RM 20
1kg sotong = RM 10
8 ekor ikan cencaru = RM 16
2 ekor ikan siakap = RM 17.80
1 ekor ayam = RM 11.50
4 ekor ketam = RM 19
2 bungkus tempe, 10 ketul tauhu, timun jepun 2 biji = RM 4.40
bahan kering lain = RM 4.50
6. Bersihkan dan simpan barang yang dibeli bila sampai rumah.
7. Buat aiskrim Malaysia. Bancuh air asam masin 1 jag. Dapat la 15 batang aiskrim.
8. Masak mee goreng untuk makan malam.9. Hari Ahad kami pergi kenduri saudara di Kampung Medan sehari suntuk.
10. Balik rumah, masak ketam sos tomato untuk makan malam. Sedap tau. ;p
0 Komentar
Comments