Bagan Lalang

Balik dari Gold Coast Morib, kami singgah di Bagan Lalang untuk makan makanan laut. Cantik pula pemandangan petang di sini.



Kami pergi ke restoran yang sama. Kali ini kami tidak lupa untuk ambil nama restoran. Hehe.. Restoran Art Catering namanya. Restoran ini saja yang buka waktu siang. Restoran lain buka dari pukul 6 sehingga malam. Kami order ikan kerapu stim 450g - RM24.80, udang butter 400g - RM24, pepahat cili 400g - RM18, sotong goreng tepung 1.1kg - RM49.50. Jumlah semua termasuk nasi, air dan keropok ikan ialah RM128.40. Ini melantak namanya. Hehe... yang makannya 3 orang je. Tapi alhamdulillah... licin.

hidangan kami - sotong goreng tepung, udang butter, pepahat cili, ikan kerapu stim (tiada dalam gambar)

licin dah ~
Harganya lebih kurang sama saja dengan entry sebelum ini. Memang puas hati la makan di sini. Paling sedap udang butter dangan pepahat cili. Nikmat betul...kepada yang mahu cuba makan di sini, pastikan bawa duit lebih sikit. Takut-takut nafsu makan bila tengok makanan laut yang segar-segar ni. ;p
sedap betul udang butter ni


Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments