Sebagai sokongan, kami ingin memaklumkan bahawa mulai 23 November sehingga 2
Disember 2012, Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show 2012 (MAHA 2012) akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Terdapat banyak kedai pameran dan jualan di sini. Kepada yang berminat bolehlah mngunjungi MAHA 2012. Maklumat lanjut boleh didapati di Laman Web MAHA.
Atas ajakan rakan sepejabat, saya juga tidak ketinggalan untuk melihat sendiri MAHA 2012 ini. Ini kali pertama saya ke sini. Walaupun hari ini hari bekerja, terdapat ramai pengunjung. Mungkin kerana sekarang cuti sekolah. Jadi ibu bapa mengambil kesempatan membawa anak-anak ke sini. Bagus juga ya. Selain membeli-belah produk yang ditawarkan, banyak juga pengetahuan yang boleh diperolehi.
Saya memang sudah rambang mata. Kalau tidak kerana panas dan tempat letak kereta yang jauh, mungkin saya sudah memborong buah-buahan dan sayuran. Haha...tapi gaji belum masuk. Esok mungkin pergi lagi. Rakan sepejabat sudah buat perancangan untuk esok. Yang penting, bawa payung dan troli jika ingin beli banyak.
Inilah hasil 'tangkapan' hari ini. Apolo melon ini harganya RM3 sebiji. Saya beli 2 biji. Jenuh juga nak membawa melon yang berat ini. Menurut rakan saya, harga di luar lebih kurang RM7 sekilo. Jadi memang murah beli di MAHA. Yang di sebelah kiri tu, saya beli cardigan 2 pasang dengan harga RM14 tiap satu. Murah kan? :-)
0 Komentar
Comments