ATV Adventure Park

Hari ini kami sakit-sakit badan sebab semalam layan kembara ATV di ATV Adventure Park, Kampung Kemensah, Hulu Kelang. Seramai 16 orang dari team SIT menyertai kembara kali ini.

Kembara kami bermula di Cyberjaya pada pukul 2 petang. Kami berkonvoi 5 kereta ke Kampung Kemensah. Dalam perjalanan kami, hujan pun turun. Alamak...kami semua dah cuak. Bila hujan, mesti laluan ATV semakin mencabar. Nasib baik juga hari Khamis hari bekerja. Jadi tidak ramai ke ATV Adventure Park ni. Pastikan anda tempah dulu sebelum ke sini terutama pada hujung minggu.

Kami tiba di ATV Adventure Park pada pukul 2.40 petang. Jalan kampung ini kecil. Jadi berhati-hati ya. Sampai saja di sini, kami pun tukar pakaian yang sesuai. Taklimat mengenai cara pengendalian ATV diberikan oleh petugas. Rupa-rupanya kawalan minyak ATV tak sama macam motorsikal. Motor kita kena pulas tapi ATV tekan je. Gear ada 3 di bahagian tepi sebelah kaki kanan. Forward, neutral dan reverse. Kalau nak tukar gear kena guna tangan. Terdapat sesi percubaan di trek yang disediakan sebelum kembara sebenar. Macam ujian memandu. Kalau tak lepas, petugas tidak benarkan anda ikut.

Terdapat 5 pakej yang ditawarkan. Anda boleh rujuk di pakej ATV Adventure Park. Pastikan anda patuhi peraturan yang ditetapkan. Kami ambil pekej C. Dalam pekej tu menyatakan perjalanan mengambil masa 1 jam setengah sehingga 2 jam tapi kami ambil masa 4 jam. Hahaha... Mungkin kerana hujan, jadi laluan lebih mencabar. Beberapa orang dari kumpulan kami tersekat di jalan berlumpur. Untuk pakej C, kami dibawa ke air terjun Sofea Jane. Kenapa Sofea Jane? Sebab dulu Sofea Jane buat pengambaran di sini. Cantik dan bersih air terjun ni. Tapi sayangnya kami tak dapat mandi lama sebab hujan.

Laluan ATV ni ada yang naik dan turun bukit. Bila turun bukit, kami kena kawal brek ATV. Brek ATV macam brek basikal. Penat tau. Lain kali kena bawa sarung tangan. Brek ATV keras. Lagi-lagi jalan yang berlumpur. Cengkaman kurang. Laju juga la turun bukit. Tangan kami melecet tekan brek. Bila naik bukit pula, kena tekan minyak berterusan. Jangan lepas. Kalau lepas nanti terundur ke belakang. Dan jangan brek ketika naik. ATV boleh terbalik. Jom layan gambar-gambar kembara kami.

dah sampai


ATV Adventure Park Kuala Lumpur


Jalan berlupur menyebabkan ada yang tersangkut

Mandi lumpur ;p

Jalan mendatar

ATV selepas aktiviti penuh dengan lumpur
ATV yang kami guna
seronok!!!

hasil "wet gold" kami

Kembara2Jiwa

Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments