24 Nov 2012
Sekarang kami berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney Kingsford. Kami menunggu penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur.
Semasa sampai ke Sydney, kami tidak sempat untuk melihat-lihat kawasan di dalam lapangan terbang ini. Kami terus ke hentian teksi untuk pergi ke Hotel Courtyard Marriott di North Ryde. Tambang teksi di sini sangat mahal. Nasib baik kami telah diberikan Cab Charge oleh pihak syarikat. Nanti kami akan cerita lebih lanjut mengenai teksi di sini.
Penerbangan kami dijadualkan berlepas pada 9.55 malam waktu Sydney. Kami tiba awal. Jadi terpaksalah menunggu lama. Sambil menunggu, kami cari tempat makan.
Terdapat banyak tempat makan di sini. Ada 1 restoran Thai dengan tanda halal. Kami beli sandwich tuna dari 1 restoran yang dijaga oleh seorang wanita Vietnam saja sebab kami masih kenyang. Hati-hati semasa membeli makanan. Takut termakan yang tidak halal.
Selepas makan kami pun mencari tempat untuk solat. Kami pun google cari kalau tempat ini ada surau. Rupa-rupanya pihak pengurusan ada sediakan prayer room awam. Bilik ini dikongsi oleh semua agama. Jadi kita hendaklah menghormati orang beragama lain.
Bilik ini bersih. Jadi jangan risau. Kami ambil wuduk di tandas. Semasa kami solat, ada 2 orang kakitangan lapangan terbang solat sekali.
Alhamdulillah ada juga kemudahan bagi orang Islam untuk solat. Jadi kalau ke Lapangan Terbang Sydney Kingsford, bolehlah pergi ke aras 3 dan cari bilik sembahyang bersebelahan pejabat Aerolineas Argentina untuk menumaikan solat.
0 Komentar
Comments