Kota Kinabalu Bahagian 2

Penerbangan kami transit di Lapangan Terbang Labuan selama lebih kurang 30 minit. Cantik betul pemandangannya. Nampak laut semasa mendarat dan berlepas. Nampak pelantar minyak macam kecil je. Tapi kami tidak ambil gambar pula...

Masa perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu sangat singkat. Tahu-tahu sudah sampai. Hehe...

sampai dah di Kota Kinabalu

menunggu pemandu van datang
suasana lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu yang aman
antara bangunan di sepanjang perjalanan
Sampai saja di Kota Kinabalu, kami dibawa makan di Tanjung Aru. Ini pun tiada gambar sebab masing-masing sudah penat dan lapar. Masakannya biasa saja. Makanan laut itu sudah pasti. Ketika ini kami sudah berkumpul dengan keluarga kakak sulung. Mereka bermalam di Hotel La Vi Va sebelum kami tiba. Kakak kata hotel tersebut ok la. Harga semalam RM108.

Selepas makan kami dibawa ke Masjid Negeri Sabah untuk solat. Cantik juga masjid ini. Mungkin kebersihan perlu ditingkatkan. Sayang jika tidak dijaga.
ada kolam di sekeliling menara. kami lihat ada yang mengambil wuduk di sini
pandangan menara masjid dari dalam
Hujan turun dengan lebat semasa kami tiba di Masjid Negeri. Jadi kami tidak dapat ambil gambar dari luar. Gambar ini dipinjam sahaja.
Masjid Negeri Sabah. Sumber: IslamGRID
Bersambung...

Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments