Panduan Memilih Bagasi atau Luggage Bag

Bulan November ni kami merancang untuk pergi bercuti ke Sabah sekeluarga. Dalam bulan ini juga kami akan pergi ke Sydney, Australia untuk tujuan kerja dan bercuti sekali gus. Teruja hati kami untuk menjejakkan kaki ke bumi Allah ini. Persiapan penerbangan, penginapan dan pengangkutan darat telah dibuat. Tinggal tunggu masa untuk mengemas pakaian dan keperluan lain yang perlu dibawa.

Rancang punya rancang, rupanya kami belum ada beg bagasi atau luggage bag yang sesuai untuk penerbangan antarabangsa. Jadi kami pun membuat sedikit carian tentang bagaimana untuk memilih beg yang sesuai. Banyak juga panduan memilih pelbagai jenis beg kembara atau travel bag ini di Internet.

Antara yang menarik yang kami baca adalah blog saudara Fatt @ backpackerbusuk. Entry tersebut sangat sesuai kepada mereka yang ingin mengembara sebagai backpacker. Walaupun tidak sesuai untuk tujuan kami ke Sabah dan Sydney, entry ini mungkin berguna kepada kami untuk masa akan datang. Terima kasih saudara Fatt.

Banyak lagi artikel mengenai tip-tip memilih bagasi ini tapi kebanyakannya dari penulis luar Malaysia. Sebagai ringkasan, antara ciri-ciri beg yang perlu dinilai adalah dari segi berikut:-



1. Harga
Bagi kami harga merupakan antara ciri penting yang perlu dinilai. Jika anda membaca artikel-artikel mengenai bagasi ini, ramai yang mengesyorkan pelbagai jenama yang mempunyai kualiti yang tinggi seperti Samsonite yang menawarkan waranti sehingga 10 tahun mengikut jenis. Tidak dinafikan servis dan kualiti beg mereka memang sangat baik. Kami pun sangat tertarik dan yakin dengan kualiti bagasi mereka. Namun bila melihat harganya, memang kami tidak mampu. Perjalanan kami ke Sabah dan Sydney saja memerlukan ribuan ringgit. Jadi berbelanjalah mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.

2. Saiz
Pemilihan saiz bagasi mestilah sesuai dengan keperluan masing-masing. Jangan memilih beg yang terlalu besar untuk barang yang sedikit kerana beg anda akan diangkat, dibaling, ditindih oleh beg lain. Jadi bila terdapat ruang yang banyak untuk barang anda bergerak, takut-takut ada barang yang rosak. Untuk panduan, anda bolehlah melawat laman web syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines.

3. Jenis
Ada pelbagai jenis bagasi yang ditawarkan. Antaranya beg dengan luaran yang keras dipanggil hard shell dan luaran beg dari fabrik yang lebih fleksibel.

4. Kualiti
Kualiti mestilah ada dalam ciri bagasi yang dipilih. Tidak perlu membeli beg yang terlalu mahal tapi cukuplah sekadar menepati keperluan anda.

5. Berat
Carilah beg yang ringan kerana beg yang berat hanya akan menyekat anda daripada menambah isi kandungan beg. Anda juga mungkin akan dikenakan bayaran tambahan apabila berat bagasi anda melebihi had yang dibenarkan. Sila layari laman web Malaysia Airlines untuk panduan.

6. Keselesaan
Keselesaan disini adalah dari segi cara anda membawa bagasi tersebut. Beg beroda 2lebih mudah dibawa di atas jalan yang tidak rata berbanding roda 4. Namun beg beroda 4 lebih mudah untuk muatan yang berat berbanding roda 2.

7. Keselamatan
Kunci bagasi mestilah selamat. Anda boleh menggunakan kunci tambahan untuk bagasi. Untuk perjalanan ke Amerika Syarikat, pastikan beg anda mempunyai TSA lock dan menepati standart TSA seperti yang dinyatakan dalam laman web Transportation Security Administration.

Diharap  tip-tip yang diberikan dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran bagasi yang sesuai untuk anda. Terima kasih kerana sudi membaca.
Previous
Next Post »
3 Komentar
avatar

Tq byk2 tips anda.

Balas
avatar

Don't miss on sale 30% up > http://bit.ly/my-travel-luggage-sets
Yesterday , I bought this store

Balas
avatar

Recommend discount store new coupon discount
Don't miss >> http://smarturl.it/travel-luggage-promotion

Balas

Comments