KLIA Ekspres dan Transit

Ok hari ini kami mahu bercerita tentang Express Rail Link (ERL) di Putrajaya Sentral. Kami telah menggunakan ERL ini semasa ke Kota Kinabalu. Kami letak kereta di Park & Ride Putrajaya saja. Terdapat dua perkhidmatan ERL yang ditawarkan; KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Apa perbezaannya? Teruskan membaca ya...

Seperti namanya, KLIA Ekspres adalah perkhidmatan keretapi tanpa henti pergi balik dari KL Sentral ke KLIA. Jadi kalau mahu ke KLIA dari KL Sentral, bolehlah cuba KLIA Ekspres. Keretapi pertama bertolak dari KL Sentral dan KLIA pada pukul 5 pagi dan keretapi terakhir pada pukul 12.30 malam. Manakala keretapi terakhir dari KLIA bertolak pada pukul 1 pagi. Kekerapan keretapi adalah 15 minit pada waktu puncak dan 20 minit di luar waktu puncak. Perjalanan sehala mengambil masa selama 28 minit. Maklumat lanjut boleh rujuk di KLIA Ekspres.

Tambang KLIA Ekspres. Sumber: KLIA Ekspres

Perkhidmatan kedua yang ditawarkan ialah KLIA Transit. Inilah perkhidmatan yang kami guna. :-) Keretapi akan berhenti di stesen KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA. Kami naik di stesen Putrajaya & Cyberjaya. Stesen Putrajaya & Cyberjaya ini adalah tempat yang sama ya... Mungkin kerana lokasinya bersempadan dengan Cyberjaya. Perjalanan dari stesen Putrajaya & Cyberjaya ke KLIA ialah 20 minit.

Ramai juga mereka yang bekerja menggunakan perkhidmatan ini. Mungkin kerana keselesaan and jadual perjalanan yang tepat. Jadual perjalanan dan kadar tambang adalah seperti di bawah. Kadar tambang untuk warga emas, OKU dan kanak-kanak adalah berbeza. Maklumat lanjut boleh rujuk di KLIA Transit.


Tambang sehala KLIA Transit. Sumber: KLIA Transit

Jadual perjalanan KLIA - KL Sentral. Sumber: KLIA Transit

Jadual perjalanan KL Sentral - KLIA. Sumber: KLIA Transit
Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments