Pesan abah


Hari sudah menjelang petang. Sesi sekolah sudah pun tamat. Hati memang sudah merasa lega hari yang panjang dan sibuk dengan sesi persekolahan akhirnya tamat. Setibanya dirumah,aku melihat abah menarik beg besar, lantas aku bertanya;

"abah, abah nak pergi mana?" sapa ku di hadapan pintu.
"abah nak pergi UK, nanti abah pergi jangan nakal-nakal tau" tangan abah mengusap lembut kepala ku.
"Nak ikut abah boleh? boleh aliq naik kapal terbang~" abah hanya mampu tersenyum.
"Kalau aliq nak naik kapal terbang, belajar rajin-rajin, jadi orang pandai. Nanti boleh aliq naik kapal terbang sepuas hati" jawab abah lembut.

Kata-kata abah masih ku simpan di dalam hati. Benar, hanya dengan ilmu kita mampu menggapai impian. Dengan ilmu kita boleh memberikan harapan.

Masih lagi ku ingat riak wajah abah tatkala aku memberitahu nya yang aku tidak mahu menyambung pengajian ke peringkat Sarjana,

"Cukuplah setakat sarjana muda sahaja" bisik hati ku.

Melihat rakan-rakan yang sebaya dengan ku yang sudah pun bekerja membuatkan hati tawar untuk menyambung pengajian.

Dalam riak wajah abah itu tersembunyi 1001 satu perasaan yang bercampur baur dengan impian dan harapannya. Harapannya untuk melihat anaknya berjaya. Mungkin itu yang membuatkan aku akhirnya akur untuk menyambung pengajian.

Apabila direnungkan semula, pesan abah ada benarnya.

Terima kasih abah, tidak akan terbalas jasa mu, namun pesan mu, akan ku ingat selalu~
Previous
Next Post »
0 Komentar

Comments